Friday, 30 October 2009

053 SURAH AN-NAJM




053. SURAH AN - NAJM




BINTANG
















KLIK SINI UNTUK SINI BACA
TERJEMAHAN DAN
DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/53-an-najm/




RENGKASAN SURAH:


Akan Datang . . .























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


053. SURAH AN - NAJM

Bintang

RENGKASAN SURAH


1. Demi bintang semasa ia menjunam.

2. Rakan kamu Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu tidaklah ia menyeleweng dari jalan yang benar dan ia pula tidak sesat dengan kepercayaan yang salah. Dia tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

3. Segala yang diperkatakannya itu sama ada Al-Quran atau hadis, tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Wahyu itu disampaikan dan diajarkan kepadanya oleh malaikat Jibril yang amat kuat gagah. Lagi yang mempunyai kebijaksanaan;

4. Ia memperlihatkan dirinya kepada Nabi Muhammad dengan rupanya asal sedang ia berada di arah yang tinggi di langit. Ia mendekatkan dirinya kepada Nabi Muhammad, lalu berjuntai ia sedikit demi sedikit sehingga menjadilah jarak di antaranya dengan Nabi Muhammad sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi.

5. Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya Muhammad dengan perantaraan malaikat Jibril apa yang telah diwahyukanNya.

6. Hati Nabi Muhammad tidak mendustakan apa yang dilihatnya. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

7. Dan demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah melihat malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal sekali lagi, di sisi “Sidratul-Muntaha” yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.

8. Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini semasa ”Sidratul Muntaha” itu, diliputi oleh makhluk2 dari alam2 ghaib, yang tidak terhingga.

9. Penglihatan Nabi Muhammad tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar2 tanda membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan Tuhannya.

10. Setelah kamu wahai kaum musyrik Makkah, mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah maka adakah kamu nampak bahawa “Al-Laat” dan “Al-Uzza” serta “Manaat” yang bertaraf rendah lagi hina itu layak disembah dan dianggap sebagai anak perempuan Allah?

11. Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki yang kamu sukai dan untuk Allah anak perempuan yang kamu benci? Pembahagian yang demikian sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.

12. Benda2 yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama2 yang kamu dan datuk nenek kamu berikannya. Allah tidak sesekali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian tidak menurut melainkan sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.

13. Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita2kannya? Tidak!. Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.

14. Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda2 yang mereka sembah itu padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.

15. Sesungguhnya orang2 yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan. Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata2 padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran iktiqad.

16. Oleh itu, janganlah engkau wahai Muhammad, hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata2. Kepentingan dunia itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.

17. Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; diciptakan semuanya itu untuk membalas orang2 yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan.

18. Dan membalas orang2 yang berbuat baik dengan balasan yang sebaiknya. Iaitu mereka yang menjauhi dosa2 besar serta perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan.

19. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu berasal dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji2 diri kamu bahawa kamu suci bersih dari dosa. Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang2 yang bertaqwa.

20. Adakah engkau mengetahui keburukan orang yang berpaling dari menurut kebenaran kerana ia dihasut? Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya kerana menurut hawa nafsunya?

21. Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat?

22. Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab Nabi Musa. Dan juga dalam Kitab Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya segala yang diperintahkan kepadanya? Di dalam Kitab2 itu ditegaskan bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain bahkan dosa usahanya sahaja. Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya;

23. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya pada hari kiamat kelak. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan segala perkara. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan seseorang itu bergembira tertawa, dan menyebabkan seseorang itu berdukacita menangis;

24. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan, dari setitis air mani ketika dipancarkan ke dalam rahim.

25. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula makhluk2 yang mati. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan sesiapa yang dikehendakiNya apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan.

26. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan Pencipta Bintang Syikra. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum “Aad” dan kaum “Thamud”. Maka tidak ada seorangpun dari kedua2 kaum itu yang dibiarkan hidup. Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu telah juga dibinasakan. Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.

27. Dan bandar2 yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang mengangkatnya ke angkasa dan menghempaskannya ke bumi; Lalu penduduk bandar2 itu diliputi azab seksa yang meliputinya.

28. Maka yang mana satu di antara nikmat2 Tuhanmu yang tidak terhingga itu engkau ragu2kan wahai manusia?

29. Al-Quran ini adalah pemberi amaran di antara jenis2 amaran yang telah lalu!

30. Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu hari kiamat; Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara “hari kiamat” itu. Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan2 Al-Quran ini sehingga kamu mengingkarinya?

31. Serta kamu tertawa mengejeknya dan kamu tidak mahu menangis menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu? Sedang kamu adalah orang2 yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?

32. Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah yang telah menurunkan Al-Quran itu dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh tauhid.


TAMAT

http://www.alquran-melayu.com/53-an-najm/

Sini. . .























No comments:

Post a Comment