Friday, 16 October 2009

035 SURAH FATIR


035. SURAH FATIR




KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/35-fatir/







RENGKASAN SURAH:







































Rengkasan mengikut tajuk



Allah dan Kuasanya:
1. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan bersayap: dua, tiga dan empat. Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk ciptaanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

2. Tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada manusia. Juga tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya apa jua yang ditahan oleh Allah. Ingatlah Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

3. Kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Dia mencipta dan memberi rezeki

4. Janji Allah membalas amal kamu adalah benar. Maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia. Dan janganlah Syaitan, penipu besar itu memperdayakan kamu lalu kamu lalai dan menderhaka. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh kamu. Maka jadikanlah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak pengikutnya supaya menjadi penduduk neraka bersamanya.

5. Dan Allah jualah yang menghantarkan angin menggerakkan awan, dihalakan ke negeri yang mati kering kontang lalu hiduplah bumi sesudah matinya. Sedemikian juga kaedah kebangkitan manusia hidup semula sesudah mati.

6. Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan dan melahirkan anak kandungannya melainkan diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang atau pendek umurnya melainkan berdasarkan kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.

7. Tidaklah sama keadaan dua laut sekalipun satu jenis, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. Dan kedua2nya itu berfaedah kepada kamu. Dari setiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut dan dapat pula kamu mengeluarkan benda perhiasan untuk dipakai. Selain itu lihatlah kapal membelah air belayar padanya. Diadakan semuanya itu supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan supaya kamu bersyukur.

8. Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan siang pada malam silih berganti, dan Ia mudahkan peredaran matahari dan bulan, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah selain Allah, tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.

9. Oleh kerana Allah menguasai segalanya, maka kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah dalam segala perkara, sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Jika Ia mahu, nescaya Ia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu. Dan perlaksanaan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah.

10. Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan lalu Kami hasilkan darinya buah2an berlainan jenis dan rupa. Dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam;

11. Dan pula di antara manusia dan binatang yang melata serta binatang ternak ada yang berlainan jenis dan warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut melanggar perintah Allah dari kalangan hambaNya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.


Al Quran:
12. Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu ialah yang benar segalanya, yang tetap mengesahkan Kitab2 yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.

13. Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran, dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului orang lain dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar dari Allah semata2. Balasan mereka ialah Syurga ”Adn“, yang mereka akan masukinya dihiaskan di dalamnya dengan gelang tangan emas dan mutiara dan pakaian mereka adalah dari sutera.



Nabi:

14. Engkau tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran. Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan Ugama yang benar, sebagai pembawa berita gembira kepada orang beriman dan pemberi amaran kepada orang yang ingkar dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.


Sembahan:

15. Kalau kamu memohon kepada makluk yang kamu sembah itu (selain Allah) mereka dengarkah permohonan kamu? Dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu. Pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Ingatlah, tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu akan hakikat yang sebenarnya seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam PengetahuanNya.

Gulungan Kufur:

16. Jika mereka mendustakanmu Muhammad, maka sesungguhnya Rasul2 terdahulu juga didustakan oleh kaum mereka. Dan Ingatlah, kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
Orang kafir akan menerima azab yang berat. Dan orang beriman serta beramal soleh pula akan diberi keampunan dan pahala yang besar.


17. Maka fikirkanlah adakah orang yang diperelokkan amal buruknya oleh Syaitan lalu ia memandang dan mempercayai amalan buruk itu adalah baik dan dianggap seakan2 menjalankan peraturan ketetapan Allah untuk medapat hidayahNya? atau adalah ia sebaliknya? Allah boleh menyesatkan, juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.


18. Dan jika mereka yang kafir itu mendustakanmu. Yang demikian itu tidaklah menjadi hal kerana sesungguhnya orang terdahulu pun telah mendustakan Rasul. Kemudian Aku timpakan orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana burukny akibat kemurkaanKu.

19. Dan orang yang kafir pula, bagi mereka neraka Jahannam. mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati dan terlepas dari seksa, dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami.



Gulungan Taat:

21. Dan sebagai bersyukur berkatalah mereka: “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaiknya kepada orang yang taat. Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu”.



Arahan dan Panduan:

22. Sesiapa mahukan kemuliaan maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah, kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira2 balasanNya. Amal yang soleh pula di angkatnya naik sebagai amal yang makbul, yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya. Sebaliknya: orang yang merancangkan kejahatan untuk mendapat kemuliaan, adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka kalau berkesan akan rosak binasa.

23. Dan ketahuilah, seseorang itu tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang banyak tanggungan dosanya memanggil orang lain untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun olehnya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu adalah kerabatnya sendiri. Engkau (Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang yang takut melanggar hukum Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya dari segala yang dilarang maka sesungguhnya ia melakukan suatu kebaikan untuk dirinya sendiri dan ingatlah, kepada Allah jualah tempat kembali.

24. Tidaklah sama orang yang membuat dengan orang yang melihat. Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya terang-benderang. Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya. Demikianlah pula tidaklah sama orang yang hidup dengan orang yang mati. Sesungguhnya Allah, menurut undang2 peraturanNya, dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar ajaran KitabNya serta menerimanya. Dan engkau Muhammad tidak dapat menjadikan orang yang di dalam kubur mendengar dan menerimanya.

25. Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka dengan amalan yang demikian mengharapkan perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaiknya akan orang yang bersyukur kepadaNya.

TAMAT.

AAAA
bbb

No comments:

Post a Comment