044. SURAH AD-DUKHAN
KLIK SINI UNTUK BACA TERJEMAHAN DAN DENGAR SURAHNYA:
044. SURAH AD-DUKHAN
RENGKASAN TAJUK:
ALLAH, AL QURAN & GULUNGAN TAAT
GULUNGAN KUFUR DAN PANDUAN
RENGKASAN SURAH:
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1. Haa, Miim.
ALLAH DAN KUASANYA:
2. Tuhan mencipta dan mentadbir keadaan langit dan bumi serta segala di antaranya. Kalau betul kamu orang yang yakin akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu.
3. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia lah jua Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang lalu.
4. Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya secara main2.
Tidaklah juga Kami menciptakannya melainkan kerana menzahirkan perkara yang benar. Akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat itu.
5. Untuk menyampaikan rahmat dari Tuhanmu kepada umat manusia. Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui akan segala keadaan hamba2Nya.
Al Quran:
6. Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat. Berbuat demikian kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran jangan hamba2 Kami ditimpa azab.
7. Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana pada malam yang berkat itu, dijelaskan kepada malaikat setiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, tidak berubah atau bertukar. Iaitu perkara2 yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami. Sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
8. Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu, ialah supaya mereka yang memahaminya beringat dan insaf untuk beriman dan mematuhinya.
GULUNGAN YANG TAAT:
9. Kami berikan kepada mereka melalui Nabi Musa berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata untuk melahirkan sikap mereka.
10. Sesungguhnya orang yang bertaqwa akan ditempatkan di tempat tinggal yang aman sentosa. Iaitu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair2 terpancar padanya. Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam. Mereka duduk di tempat perhimpunan sentiasa berhadap di atas pelamin masing2.
11. Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari2 yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. Mereka meminta di dalam Syurga itu, setiap jenis buah2an yang mereka ingini, dalam keadaan aman sentosa.
12. Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai di dunia dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka. Mereka diberikan semuanya itu sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
GULUNGAN YANG KUFUR:
13. Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka, bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain2 dengan perkara ugama.
14. Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat. Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia yang kafir itu sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”.
15. Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!”.
16. Bagaimana mereka dapat beringat menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan yang cukup untuk mereka beriman!
17. Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata sesama sendiri: “Dia seorang yang diajar oleh bangsa asing, dia juga seorang yang gila!”
18. Sesungguhnya kalaulah kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali kufur ingkar.
19. Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan semasa Kami timpakan kamu dengan paluan yang besar dari pihak lawan kamu. Sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa dengan azab yang seberat2nya.
20. Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, yang memberitahu kepada mereka dengan katanya: “Berikanlah kepadaku wahai hamba2 Allah apa2 yang menandakan kamu menerima kerasulanku. Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu”.
21. “Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah. Sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata. Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam atau menyakiti daku. Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku janganlah mengganggu daku”.
22. Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka, maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: “Sesungguhnya orang2 ini adalah kaum yang berdosa, yang telah sebati dengan kekufurannya dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk2nya”.
23. Lalu diperintahkan kepadanya: “Bawalah pengikutmu keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar oleh Firaun dan orang2nya. Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka yang mengejarmu itu ialah tentera yang akan ditenggelamkan sehingga binasa”.
24. Banyak sungguh kebun dan matair yang mereka tinggalkan. Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat kediaman yang indah mulia. Dan juga kemewahan hidup yang mereka sekian lama menikmatinya.
25. Demikianlah keadaannya hukum Kami ke atas orang yang derhaka dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang2nya milik kaum Bani Israil.
26. Mereka ketika dibinasakan itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi atau penduduk keduanya dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi. Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil dari azab yang menghina, dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang2 yang melampaui batas dalam keganasan dan kekejamannya.
27. Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan Kami - menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia pada zaman itu,
28. Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman: “Sesungguhnya mereka ini akan berkata kepadamu dan kepada pengikut2mu: “Mati, hanyalah mati kita yang pertama di dunia dan kita tidak sekali2 akan dibangkitkan hidup lagi sesudah itu; Jika tidak maka bawakanlah datuk nenek kami yang telah mati kalau betul kamu orang yang benar!”
29. Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya? Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum “Tubba’” dan orang2 yang terdahulu dari mereka? Orang2 itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang2 yang berdosa.
30. Ingatlah, sesungguhnya pokok Zaqqum, buahnya menjadi makanan orang berdosa dalam neraka. Makanan ini pula panas seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap2 panasnya.
31. Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka: “Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah neraka. Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak”.
32. Serta dikatakan kepadanya secara mengejek: “Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat dalam kalangan masyarakatmu”
33. Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya: “Sesungguhnya inilah dia azab seksa yang kamu dahulu ragu terhadapnya!”
PANDUAN:
34. Kiranya mereka tidak berbuat demikian maka tunggulah akan kesudahan mereka. Sesungguhnya mereka juga menunggu akan kesudahanmu.
35. Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun. Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan untuk menghapuskan azab itu.
36. Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
No comments:
Post a Comment