Friday, 23 October 2009

041 SURAH FUSSILAT

041. SURAH FUSSILAT





KLIK SINI
UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/41-fussilat/






RENGKASAN PENDEK IKUT TAJUK:

ALLAH, AL QURAN & GULUNGAN TAAT

GULUNGAN KUFUR & PANDUAN


















RENGKASAN SURAH:







aa
























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



041. SURAH FUSSILAT

(Disusun mengikut tajuk ayatnya)


Haa, Miim


ALLAH – SIFAT DAN KEKUASAANNYA:
Allah menjadikan gunung-ganang menetap di atas bumi dan dilimpahkan berkat padanya. Allah juga menentukan ada bahan keperluan hidup pendudukNya, sekadar yang menyamai hajat dan dikehendaki mereka.

Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah bahan langit dan berfirman kepada langit dan bumi: “Turutlah kamu akan perintahKu, secara sukarela atau paksa!” Keduanya menjawab: “Kami sedia menurut, patuh dengan sukarela”

Lalu Ia menjadikan tujuh langit. Dan Ia memberitahu kepada setiap langit akan urusan dan keperluan masing2. Dan Kami hiasi langit yang dekat pada pandangan mata penduduk bumi dengan bintang2 yang bersinar cemerlang serta Kami memelihara langit itu dengan sebaiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.


Di antara tanda kekuasaan Allah ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan kepada bulan. Sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptanya.

Tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan jika mereka ingkar dan tidak mematuhi perintahNya dan mengesakanNya. Juga kerana malaikat yang beraada di sisiNya tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang tanpa mereka merasa jemu.

Di antara tanda kekuasaanNya ialah bumi kosong sepi dalam keadaan kering tandus itu apabila di menurunkanNya hujan akan menjadi subur tanamannya. Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk2 lain yang mati (termasuk Kamu). Ia Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

Sebenarnya Allah tahu siapa yang menyeleweng dari jalan yang benar. Kalau demikian, maka adakah orang yang dihumban ke dalam neraka itu lebih baik atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? Katakanlah kepada mereka yang menyeleweng itu: “Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan dan akan membalasnya”.

Hanya Allah lah yang tahu bila datangnya hari kiamat. Demikianlah juga setiap apa yang akan berlaku. Kerana sebiji buah umpamanya, tidak akan keluar dari kelopaknya dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak melainkan pada masa dan keadaan yang betul tepat dengan pengetahuan Allah. Dan pada hari akhirat Tuhan bertanya mereka yang musyrik: “Mana dia makhluk yang kamu sifatkan menjadi sekutuKu?” Mereka menjawab: “Kami mengakui kepadaMu, bahawa tidak ada di antara kami seorang pun yang mahu menjadi saksi kerana anggapan kami dahulu telah nyata salahnya!”


KITAB AL QURAN:

Kitab Al Quran ini diturunkan dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Ayatnya jelas satu persatu. Diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang mengembirakan bagi orang beriman dan amaran kepada yang ingkar. Dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar tidak mahu mengetahui dan memahaminya. Maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.


Sesungguhnya orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi. Sedangkan Al-Quran itu, demi sesungguhnya adalah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi. Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana2 arah dan seginya. Ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan bacaan dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat2nya dalam bahasa yang kami fahami? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah: “Al-Quran itu, menjadi cahaya petunjuk serta penawar bagi orang yang beriman. Sebaliknya orang yang tidak beriman, Al-Quran itu menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar). Dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa pandangan mereka (bukan cahaya menerangi). Mereka itu dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti orang yang diseru dari tempat yang jauh. Masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata”.


Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda2 kekuasaan Kami di merata2 tempat dalam alam yang terbentang luas ini dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup bagi mereka bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan setiap sesuatu?



GULUNGAN YANG TAAT:

Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa memberi ilham: “Janganlah kamu bimbang dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

“Kamilah penolong2 kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat. Dan kamu akan beroleh pada hari akhirat, apa yang diingini oleh nafsu kamu. Serta kamu akan beroleh pada hari itu, apa yang kamu cita2kan mendapatnya. Pemberian yang serba mewah itu adalah sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!”

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada mengesakan dan mematuhi perintah Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang Islam yang berserah bulat2 kepada Allah!”

Orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus2.


GULUNGAN YANG KUFUR:
Kalaulah mereka yang musyrik, berpaling daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus, maka katakanlah: “Aku memberi amaran kepada kamu dengan azab yang dahsyat, iaitu petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!”

Mereka ditimpa azab itu kerana semasa datangnya Rasul2 memberikan berbagai penjelasan mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat sambil melarang mereka: “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah”, mereka menjawab: “Jika Tuhan kami hendak mengutus Rasul tentulah Ia akan menurunkan malaikat. Oleh itu kami kufur ingkar akan apa yang kamu katakan kamu diutus membawanya!”

Adapun kaum Aad, mereka berlaku sombong takbur di muka bumi tanpa alasan benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Mengapa mereka bersikap demikian? Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka dari tiada kepada ada? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda2 kekuatan Kami sedang mereka sedia mengetahuinya.

Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya. Sedang mereka tidak diberikan pertolongan menghindarkan azab itu.

Adapun kaum Thamud, Kami beri petunjuk kepadanya, tetapi mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk. Mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.

Dan Kami selamatkan orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa.

Dan ingatlah hari dihimpun musuh2 Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing2. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran dan penglihatan serta kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Dan setelah berlaku yang demikian, berkatalah mereka kepada kulit badan mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit badan mereka menjawab: “Allah yang berkuasa menjadikan setiap sesuatu pandai berkata2, menjadikan kami dapat berkata2; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan untuk menerima balasan.

“Dan semasa kamu berselindung ketika melakukan dosa di dunia dahulu bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan secara bersembunyi itu.

“Dan sangkaan kamu yang demikian itulah yang telah membinasakan kamu. Dengan sangkaan kamu yang salah itu maka menjadilah kamu dari orang yang rugi!”

Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya maka sama sahaja kerana nerakalah tempat tinggal mereka dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang yang diterima permohonannya.

Kami adakan untuk mereka teman2 rapat dari jin dan manusia, lalu teman2nya itu memperhiaskan kepada mereka fahaman sesat mengenai perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara akhirat yang ada di belakang mereka. Dan dengan sebab itu tetaplah hukuman azab atas mereka bersama dengan umat umat yang sesat dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi bawaan hidupnya.

Dan orang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia dengan nyayian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak, supaya kamu berjaya mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya!”

Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang kafir itu azab seksa yang seberatnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk2 balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

Demikianlah keadaannya balasan musuh2 Allah iaitu neraka. Disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal didalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka yang sentiasa mengingkari ayat2 Kami.

Orang yang kafir itu berkata: “Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan”.

Pada saat itu hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka sembah dahulu yang diharapkan pertolongannya. Dan yakinlah mereka bahawa tidak ada sebarang jalan untuk mereka melepaskan diri dari azab seksa.

Dan mereka berkata: “Hati kami yang di dalam tutupan berlapis2 menghalang kami dari memahami apa yang engkau serukan kepada kami. Telinga kami ada penyumbat menjadikan kami tidak dapat mendengarnya. Serta di antara kami denganmu ada sekatan memisahkan fahaman kita. Oleh itu, bekerjalah engkau untuk ugamamu, sesungguhnya kami juga tetap bekerja mempertahankan kepercayaan kami! ”

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia dengan sikap tidak bersyukur: “Ini ialah hasil usahaku semata2, dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku. Dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku sekalipun, sudah tentu aku aKan beroleh kebaikan di sisiNya seperti kesenanganku sekarang ini!” Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang2 yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat2nya. Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri dari bersyukur. Apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.

Katakanlah: “Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu jika Al-Quran ini yang datangnya dari Allah kemudian kamu mengingkarinya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan, yang menyimpang jauh dari kebenaran?”

Ingatlah! Sesungguhnya mereka yang kufur ingkar itu sentiasa berada di dalam keadaan syak, ragu2 tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. Iaitu orang yang tidak memberi zakat untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya. Dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat.

Katakanlah: “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu bagiNya!

Katakanlah: “Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu. Maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus membawa kepada mencapai keredaanNya. Serta pohonlah kepadaNya mengampuni bagi dosa2 kamu yang lalu. Ingatlah, kecelakaan besarlah bagi orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain”.


PANDUAN DAN ARAHAN:
Dan tidaklah sama kesannya dan hukumnya perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik. Apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta, akan menjadi seorang sahabat karib.

Sifat terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Apa yang dikatakan kepadamu, dari celaan2 golongan yang ingkar, tidak lain hanyalah seperti yang pernah dikatakan kepada Rasul2 terdahuhu. Oleh itu bersabarlah dengan cekal hati menghadapinya. Sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunanNya kepada orang yang taat, dan berkuasa penuh menimpakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya kepada orang yang ingkar.

Janganlah engkau merasa kecewa wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu, kerana demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta kepada mereka. Dan sesungguhnya kaummu masih menaruh syak yang meragukan tentang kebenaran Al-Quran itu.

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Tuhanmu tidak sesekali berlaku zalim kepada hambaNya.

Manusia tidak jemu2 memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya dari rahmat pertolongan Allah.


TAMAT

bb




No comments:

Post a Comment