036. SURAH YASSIN
KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/36-ya-sin/
RENGKASAN SURAH:
RENGKASAN IKUT TAJUK
cc
Rengkasan Surah:
1 Yaa, Siin.
2 Demi Al-Quran yang diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Ianya mengandungi hikmah dan kebenaran.
3 Sesungguhnya engkau Muhammad adalah seorang Rasul dari Rasul2 yang telah diutus. Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam). Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran. Sebab itulah mereka lalai. Sesungguhnya telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka kerana tidak mahu beriman.
4 Kami jadikan kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka sampai menjadilah mereka terdongak.
5 Dan Kami jadikan sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai sekatan menghalang untuk mereka memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa di dunia yang ada di hadapan mereka dan sekatan menghalang bagi mereka untuk memikirkan azab yang ada di belakang mereka pada hari kiamat nanti. Lalu Kami tutup pandangan mereka, maka dengan itu mereka tidak dapat melihat jalan yang benar.
6 Dengan sebab itu sama sahajalah pada mereka, sama ada engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran, mereka tetap tidak akan beriman.
7 Sesungguhnya peringatan dan amaran yang engkau berikan hanyalah berkesan dan mendatangkan faedah kepada orang yang bersedia menurut ajaran Al-Quran, serta ia takut melanggar perintah Allah Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepada mereka berita yang mengembirakan tentang keampunan dan pahala yang mulia.
8 Sesungguhnya Kami menghidupkan orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan ingatlah setiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab ibu Suratan yang jelas nyata.
9 Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar ketika mereka didatangi Rasul Kami.
10 Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul, mereka mendustakannya. Lalu Kami kuatkan kedua Rasul itu dengan Rasul yang ketiga. Rasul2 itu berkata: “Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu”.
11 Penduduk bandar itu menjawab: “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga. Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun tentang ugama yang kamu dakwakan. Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”.
12 Rasul2 berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul2 yang diutus kepada kamu. Tugas Kami hanyalah menyampaikan perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
13 Penduduk bandar itu berkata pula: “Sesungguhnya kami merasa nahas dan
14 Rasul2 itu menjawab: “Nahas dan
15 Semasa Rasul2 itu sedang diancam, datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: ”Wahai kaumku! Turutlah Rasul2 itu. Turutlah orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang mandapat hidayah petunjuk”.
16 Dan apabila ditanya samaada dia sudah menerima ugama mereka?
17 Maka jawabnya “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah aku dan kamu semua akan dikembalikan? Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? Sudah tentu tidak patut, kerana jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya aku kalau melakukan syirik tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah nasihatku”,.
18 Setelah ia mati lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang yang dimuliakan”.
19 Sesudah ia mati, Kami tidak pun menurunkan ke atas kaumnya sebarang pasukan tentera dari langit untuk membinasakan mereka. Itu tidak perlu. Mereka dibinasakan hanya dengan satu pekikan yang dahsyat, maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
20 Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa mereka yang mengingkari kebenaran! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek dan memperoloknya.
21 Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat terdahulu yang telah Kami binasakan? Umat tersebut tidak kembali semula kepada mereka bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan.
22 Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami. Semuanya dibawa hadir untuk menerima balasan.
23 Dalil yang terang untuk mereka memahami kekuasaan dan kemurahan kami, ialah Kami hidupkan bumi yang mati serta kami keluarkan daripadanya bijian, daripadanya mereka makan. Dan kami jadikan di bumi itu kebun kurma dan anggur dan dipancarkan padanya beberapa matair. Supaya mereka makan dari buahnya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka. Maka patutkah mereka tidak bersyukur?
24 Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau mereka seniri ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
25 Lagi dalil yang terang untuk mereka berfikir ialah malam yang Kami hilangkan siang daripadanya. Maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita. Juga matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
26 Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya saperti di peringkat awalnya, berbentuk melengkung seperti tandan yang kering.
27 Dengan ketentuan yang demikian, matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana setiap suatunya beredar terapung di tempat edarannya masing2.
28 Satu dalil lagi untuk mereka insaf ialah Kami membawa mereka belayar dalam bahtera yang penuh sarat. Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis kenderaan yang sama dengannya. Jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka. Sekiranya Kami lakukan yang demikian maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka dan mereka juga tidak dapat diselamatkan. Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
29 Dan apabila dikatakan kepada mereka: ”Berjaga2lah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu dari urusan hidup di dunia ini, dan apa yang ada di belakang kamu dari huru-hara dan balasan akhirat, supaya kamu beroleh rahmat”. Mereka tidak mengindahkannya.
30 Dan itulah tabiat mereka tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan2 tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya dan enggan menerimanya.
31 Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”. Berkatalah orang yang kafir itu kepada orang yang beriman secara mengejek: ”Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
32 Apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat mereka bertanya secara mempersenda: ” Bilakah datangnya hari akhirat yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang yang benar maka kami sedia menunggu!”. Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang dengan secara mengejut akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar merundingkan urusan dunia masing2. Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan wasiat atau lainnya, dan kalau mereka berada di luar mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
33 Dan sudah tentu kemudiannya akan ditiupkan sangkakala menghidupkan orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing2 untuk mengadap Tuhannya.
34 Pada ketika itu orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: “Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?” Lalu dikatakan kepada mereka ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
35 Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir untuk menerima balasan. Pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
36 Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan. Mereka dengan pasangan masing2 bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin. Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah2an, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki. Mereka juga beroleh ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
37 Dan sebaliknya dikatakan kepada orang yang kafir: “Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang2 yang berdosa, dari bercampur gaul dengan orang2 yang beriman.
38 “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak2 Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! “Dan Aku perintahkan: hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus.
39 “Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; setelah kamu mengetahui akibat mereka maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
40 “Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya kalau kamu tidak taatkan perintah Allah. Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”
41 Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka sejurus; dan memberi peluang kepada tangan mereka memberitahu Kami kesalahan masing2, dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
42 Matahati orang yang menderhaka itu rosak dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing2 menerpa mencari2 jalan yang biasa mereka lalui. Kiranya dijadikan demikian maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
43 Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka menjadi kaku beku di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
44 Dan hendaklah diingat bahawa sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya kepada keadaan serba lemah. Hakikat ini memang jelas maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
45 Nabi Muhammad bukanlah penyair dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan. Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup hatinya, dan supaya nyata tetapnya hukuman azab terhadap orang yang kufur ingkar.
46 Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang ternak, di antara jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya? Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka dan sebahagian lagi mereka makan. Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman. Maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
47 Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan dari makhluk itu. Benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa kepada mereka.
48 Maka janganlah engkau wahai Muhammad berdukacita disebabkan tuduhan mereka terhadapmu Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
49 Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari setitis air benih? Dalam pada itu setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya maka dengan tidak semena2 menjadilah ia seorang pembantah. Yang terang jelas bantahannya ialah mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang yang mati.
50 Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami tentang kekuasaan itu, dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang2 yang telah hancur seperti debu?” Katakanlah: “Tulang2 yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakan kamu pada awal mula wujudnya kamu. Allah Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk yang diciptakanNya;
51 “Tuhan yang telah menjadikan api yang didapati dari pohon2 yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon2 itu”.
52 Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi yang demikian besarnya berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
53 Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya ialah apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada hakikat benda itu: ”Jadilah engkau!“. Maka ia terus menjadi.
54 Oleh itu akuilah kesucian Allah dengan mengucap: Subhaanallah! - Tuhan yang memiliki dan menguasai setiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
TAMAT.
ss
tt
uu
No comments:
Post a Comment