054. SURAH AL-QAMAR
BULAN
KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/54-al-qamar/
RENGKASAN SURAH:
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
054. SURAH AL-QAMAR
1. Telah hampir saat kedatangan hari kiamat dan terbelahlah bulan.
2. Dan kalau mereka kaum musyrik Mekah melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: “Ini ialah sihir yang terus menerus berlaku”.
3. Dan telah menjadi adat mereka mendustakan Nabi Muhammad dan mukjizat yang dibawanya serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap2 perkara tetap menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah.
4. Sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka dengan perantaraan Al-Quran, sebahagian dari kisah2 dan berita umat yang telah lalu, yang mengandungi perkara yang cukup untuk mencegah mereka dari perbuatan kufur itu. Yang demikian ialah pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah kepada mereka yang ingkar.
5. Oleh itu, berpalinglah dari mereka wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan. Ingatlah masa malaikat penyeru menyeru mereka pada hari kiamat kepada perkara yang tidak diingini oleh orang yang bersalah;
6. Pada saat itu masing2 dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran. Masing2 dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. Pada saat yang demikian, orang2 yang kafir berkata: “Hari ini ialah hari yang amat sukar!”
7. Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan Rasulnya; iaitu mereka mendustakan hamba Kami Nabi Nuh serta mereka menuduhnya dengan berkata: “Dia seorang gila dan dia telah diancam dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama”. Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ini dikalahkan oleh kaumku yang ingkar, oleh itu menangkanlah daku terhadap mereka!”
8. Maka Kami bukakan pintu2 langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah2. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air di
9. Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
10. Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran2Ku. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran daripadanya?
11. Demikian juga kaum Aad telah mendustakan Rasulnya lalu mereka dibinasakan; maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran2Ku! Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah2 mereka batang2 pohon kurma yang terbongkar.
12. Maka perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaranKu! Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran daripadanya?
13. Demikian juga kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh. Mereka berkata: “Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!”
14. “Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya padahal orang2 yang lebih layak ada di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh”. Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.
15. Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina yang menjadi mukjizat sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu Kami perintahkan Rasul Kami: Tunggulah apakah yang mereka akan lakukan serta bersabarlah terhadap tentangan mereka. Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air telaga mereka terbahagi di antara mereka dengan unta itu, setiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya pada hari gilirannya.
16. Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya, lalu mereka memanggil kawan mereka yang sanggup membunuhnya, dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
17. Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran2Ku! Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan yang dahsyat, lalu menjadilah mereka hancur seperti ranting dan daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
18. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran daripadanya?
19. Demikian juga kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran yang disampaikan oleh Rasulnya. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka dengan menyuruh mereka keluar dari situ pada waktu jauh malam,
20. Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang2 yang bersyukur.
21. Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran itu.
22. Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azabKu dan kesan amaranKu! Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi2 hari esoknya.
23. Lalu dikatakan kepada mereka: Rasalah azabKu dan kesan amaranKu!
24. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran daripadanya?
25. Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi Rasul pemberi amaran. Mereka telah mendustakan mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
26. Adakah orang kafir musyrik Mekah lebih baik kekuatan, kekayaan dan kehandalannya daripada kaum2 kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab2 Suci tentang kebebasan kamu dari azab?
27. Mereka tidak mempunyai sebarang bukti bahkan mereka akan berkata dengan angkuhnya: Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri! Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
28. Bukan kekalahan itu sahaja bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka untuk menerima balasan yang sepenuhnya dan azab seksa hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
29. Sesungguhnya orang2 yang berdosa berada dalam keadaan sesat di dunia dan di akhirat pula mereka berada dalam api Neraka. Semasa mereka diseret di dalam Neraka dengan tertiarap atas muka mereka, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah kamu bakaran api Neraka.
30. Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan. Dan hal Kami dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki, hanyalah satu cara sahaja, cepat jadinya seperti sekelip mata.
31. Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang2 yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
32. Dan setiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal; Dan setiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.
33. Sesungguhnya orang2 yang bertakwa, di tempatkan dalam taman2 Syurga yang indah dan dekat beberapa sungai. Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala2nya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
TAMAT
http://www.alquran-melayu.com/54-al-qamar/
No comments:
Post a Comment