KIAMAT
http://www.youtube.com/watch?v=ZsuTFflLfdU
056. SURAH AL - WAQI'AH
RENGKASAN SURAH:
a
b
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
056. Al-Waqi’ah (Kiamat)
Rengkasan Surah
1. Apabila berlaku hari kiamat itu. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan golongan yang ingkar dan meninggikan golongan yang taat.
2. Ia berlaku semasa bumi bergoncang dengan sebenar2 goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur2nya. Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran.
3. Dan kamu pula menjadi tiga puak yang berlainan keadaannya. Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
4. Dan puak yang ketiga pula ialah orang2 yang telah mendahului dalam mengerjakan kebaikan di dunia - yang akan mendahului mencapai balasan yang sebaik2nya di akhirat kelak.
5. Mereka itulah orang2 yang didampingkan di sisi Allah. Tinggal menetap di dalam Syurga yang penuh nikmat. Di antaranya sekumpulan besar dari umat2 manusia yang terdahulu. Dan sebilangan kecil dari orang2 yang datang kemudian.
6. Mereka duduk di dalam Syurga itu di atas takhta kebesaran yang bertatahkan permata. Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap. Mereka dilayani oleh anak muda lelaki yang tetap kekal dalam keadaan mudanya, yang sentiasa beredar di sekitar mereka. Dengan membawa piala2 minuman dan tekoh2 serta piala atau gelas yang berisi arak yang diambil dari sungainya yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
7. Dan juga dibawakan kepada mereka buah2an dari jenis yang mereka pilih. Serta daging burung dari jenis yang mereka ingini. Dan mereka dilayani bidadari2 yang cantik parasnya. Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaiknya.
8. Semuanya itu sebagai balasan bagi amal baik yang mereka telah kerjakan. Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia2 dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa. Mereka hanya mendengar ucapan: ”Selamat! Selamat! ” dari satu kepada yang lain.
9. Dan puak kanan - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu. Mereka bersenang-lenang di antara pohon2 bidara yang tidak berduri. Dan pokok2 pisang yang tersusun rapi buahnya. Dan naungan yang tetap terbentang.
10. Dan air yang sentiasa mengalir. Serta buah2 yang banyak. Yang tidak putus2 dan tidak pula terlarang mendapatnya. Dan tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
11. Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri2 mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara yang tidak pernah disentuh. Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. Semuanya itu disediakan bagi puak kanan.
12. Iaitu sebilangan besar dari orang2 yang terdahulu. Dan sebilangan besar dari orang2 yang datang kemudian.
13. Dan puak kiri - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu. Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak. Serta naungan dari asap hitam, yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan.
14. Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan dunia dari mengingati hukum Tuhan. Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar. Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, akan dibangkitkan hidup semula? ”
15. Katakanlah kepada mereka: “Sesungguhnya orang2 yang telah lalu dan orang yang terkemudian, tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum. Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang2 yang sesat yang mendustakan kedatangan hari kiamat tetap akan memakan pada hari itu dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum”.
16. “Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok yang pahit buahnya itu. Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak. Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas”.
17. Inilah jenis azab yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
18. Kamilah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada wahai golongan yang ingkar. Maka ada baiknya kalau kamu percaya akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat.
19. Mengapa kamu masih berdegil? Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ke dalam rahim? Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
20. Kamilah yang menentukan dan menetapkan masa kematian setiap seorang di antara kamu dan Kami tidak sekali2 dapat dikalahkan atau dilemahkan. Bahkan Kami berkuasa menggantikan kamu dengan orang yang serupa kamu tetapi tidak seperti bawaan kamu, dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
21. Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak.
22. Maka mengapa kamu masih berdegil? Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
23. Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur sebelum ia berbuah, maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal. Sambil berkata: “Sesungguhnya kami menanggung kerugian. Bahkan kami hampa dari mendapat sebarang hasil”.
24. Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan sebagai hujan atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
25. Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan dengan cara digesek? Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya? Kami jadikan api yang tercetus dari kayu basah itu sebagai peringatan bagi orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang musafir.
26. Oleh yang demikian - wahai orang yang lalai - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar sebagai bersyukur akan nikmatNya itu.
27. Maka Aku bersumpah: Demi tempat dan masa turunnya bahagian2 Al-Quran. Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya. Bahawa sesungguhnya yang dibacakan kepada kamu itu ialah Al-Quran yang mulia, yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan. Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk yang diakui bersih suci.
28. Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
29. Patutkah kamu wahai golongan yang kufur ingkar bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini? Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya sebagai ganti bahagian dan nasib kamu menerima dan bersyukur akan ajarannya?
30. Maka alangkah eloknya kalau semasa roh seseorang dari kamu yang hampir mati sampai ke kerongkongnya. Sedang kamu pada masa itu berada di sekelilingnya menyaksikan keadaannya. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat.
31. Maka bukankah elok kalau kamu orang yang tidak dikuasai dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami. Kamu kembalikan roh itu kepada keadaan sebelumnya jika betul kamu orang-orang yang benar?
32. Kesudahannya: jika ia yang mati itu dari orang ” Muqarrabiin “. Maka ia akan beroleh rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
33. Dan jika ia dari puak kanan, maka akan dikatakan kepadanya: ”Selamat sejahtera kepadamu, kerana engkau dari puak kanan”.
34. Dan jika ia dari puak kiri yang mendustakan Rasulnya, lagi sesat. Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak. Serta bakaran api neraka.
35. Sesungguhnya segala yang disebutkan itu adalah kebenaran yang diyakini.
36. Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
TAMAT
_____________________________________________________________________________